Showing posts with label Movie Malay. Show all posts
Showing posts with label Movie Malay. Show all posts

Friday, February 15, 2013

Wawa Semput (2013)



Trailer


Sinopsis

Konflik cinta BOBBY dan WAWA daripada filem Adnan Sempit tidak berakhir begitu sahaja. Kini, ianya disambung kembali dalam filem penuh komedi dan aksi memaparkan Bobby dan Wawa yang terpaksa menghadapi ujian terbesar dalam hubungan mereka apabila Bobby menuduh Wawa tidak setia. Nama Ismat menjadi penyebab segalanya. Wawa sudah naik muak dengan sikap Bobby yang suka merempit mengambil keputusan untuk berpisah dan pulang ke kampungnya. Bobby merayu berkali – kali dan meminta maaf namun tidak dilayan langsung oleh Wawa. ISMAT muncul dengan penuh bergaya dan menumpangkan Wawa pulang ke kampungnya. Bobby yang memang sudah tangkap cintan guling – guling dengan Wawa tekad untuk mendapatkan Wawa kembali. Ismat dan Wawa pulang ke kampung dan terkejut apabila melihat Bobby terlebih dahulu sudah sampai. Lama kelamaan, Wawa mulai naik semput dengan sikap Bobby dan Ismat yang tidak sudah bersaing untuk memikatnya. PAK KUDIN, ayah kepada Wawa lebih menyukai Ismat yang dirasakan mempunyai masa depan yang lebih cerah berbanding Bobby yang kaki rempit. Namun, Pak Kudin juga sedar yang Wawa masih sayangkan Bobby dan mengharapkan dia akan berubah. Kawan baik kepada Wawa, AYUNI jatuh cinta pandang pertama pada Ismat kerana wajah Ismat yang mirip dengan bekas kekasihnya cuba untuk merampas Ismat daripada Wawa namun Ismat tetap setia pada cintanya. Sesuatu harus dilakukan demi memisahkan Ismat dan Wawa. Ayuni dan Bobby berpakat! Apakah yang akan dilakukan oleh Ayuni dan Bobby? Masih adakah ruang untuk Bobby di hati Wawa?

Monday, February 11, 2013

Juvana (2013)



Trailer



Sinopsis

 Filem Juvana merupakan kesinambungan daripada drama TV popular Juvana yang telah disiarkan di TV3 dan memenangi Anugerah Drama Rantaian TV Terbaik Anugerah Skrin 2011. Filem Juvana memaparkan kisah Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng, Panjang dan Daim setelah Wira Bakti ditutup. Daim yang telah dibebaskan cuba memulakan kehidupan baru dan menyambung persekolahannya. Namun, sejarah hitam hidupnya tidak memberi laluan mudah untuk Daim membina hidup baru. Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng dan Panjang telah dipindahkan ke sebuah sekolah juvana lain iaitu Sekolah Indera Sakti untuk meneruskan tempoh hukuman mereka. Di sekolah baru itu Botak mula akrab dengan Apek serta yang lain. Namun, mereka menjadi sasaran Lan Todak, ketua samseng sekolah itu hingga mencabar semangat setia-kawan di antara mereka.

Monday, January 14, 2013

Sepah The Movie


Sinopsis

Shuib, Jepp dan Mamat (dahulunya dikenali dengan Kumpulan Sepah) bakal muncul menerusi lakonan filem sulung mereka berjudul Sepah The Movie. Sepah The Movie merupakan sebuah filem aksi komedi mengisahkan ragam tiga sahabat, Jepp, Shuib dan Mamat yang obses dengan motor cross. Ia menceritakan tentang ragam tiga lelaki berstatus bujang yang bergelar pekerja kilang elektronik di sebuah kilang berhampiran pekan kampung mereka, dan mereka terlalu obses pada motor cross. Bagaimanapun Sepah terpaksa menghadapi peristiwa yang telah melahirkan konflik persahabatan mereka, semenjak kemunculan seorang gadis cantik bernama Ayu sofea, apakah kesudahannya? Filem yang turut dijayakan Jehan Miskin, Anzalna, Azrul Raja Lawak, Pak Yus Jambu dan ramai lagi akan ditayangkan bermula pada 29 November 2012

Trailer


Sunday, January 13, 2013

Filem Kahwin 5


Sinopsis

Sinopsis: Dr. K, seorang jutawan MLM yang terkenal dengan gelaran playboy tua dan sifat mata keranjangnya masih ingin merasa hidup sebagai seorang bujang. Beliau hidup aman dan bahagia bersama empat orang isterinya yang dinikahinya berdasarkan kekuatan agama, kecantikan, kekayaan dan keturunannya. Kehidupannya yang indah seakan cerita dongeng dan menjadi idaman kaum lelaki, dilengkapkan lagi dengan kejayaannya dalam perniagaan mangkuk plastik produk MLM keluaran syarikatnya.
Pemergian Dr. K ke cawangannya di Johor Bahru disambut sebagai satu peluang positif, bertukar menjadi kemelut hitam yang bakal memporak perandakan hidupnya dan menjadi mimpi ngeri. Terjebak dalam perangkap Pembantu Peribadinya, Fara, Dr.K seakan tidak mempunyai jalan keluar apabila dipaksa menikahi Fara oleh abangnya Cico.
Berjayakah Dr. K untuk berkahwin lima? Saksikan kesudahan kisah komedi, yang membuatkan anda tidak kering gusi yang muncul pada penghujung 2012.

Saturday, June 12, 2010

Malay Movie - Evolusi KL Drift 2

Synopsis :

Racing life between Zack (Syamsul Yusof) and Sham (Farid Kamil) has not ended yet. Zack, an illegal racer before, now is a professional drifter. After the accident, Sham no longer drifts because of his broken leg and has to walk with the help of crutches. Then comes a female professional drifter named Aleeya (Scha Alyahya). Joe, who managed to escape from death from the accident, wants revenge on Zack. Joe's assistant Ery too wants revenge on Zack because his best friend Karl got locked up in jail because of him. Joe wants to monopolise the whole drug business syndicate in KL, where Inspector Kamal suspects him for crimes that involve deaths....

Classification: PG13
Genre: Action / Drama
General Release Date: 25 Mar 2010
Running Time: 1 Hour 30 Minutes,
Distributor: Primeworks Studios
Cast: Farid Kamil, Scha Al-Yahya, Syamsul Yusof
Director: Syamsul Yusof

Friday, June 11, 2010

Malay Movie - Semerah Cinta Stilleto




SINOPSIS FILEM SEMERAH CINTA STILLETO








Semerah Cinta Stilleto mengisahkan kehidupan bahagia Siti Laila atau Stila (Lisa Surihani). Stila dilahirkan dan dibesarkan dalam kemewahan dan segala yang dihajati akan ditunaikan oleh kedua-dua ibu bapanya. Dia juga seorang remaja perempuan yang cantik, masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka di ibu kota.
Leto (Farid Kamil) pula seorang pemuda yang hidup dalam keadaan serba sederhana. Bekerja sebagai penjual ikan di pasar borong dan tinggal di flat murah berhadapan kawasan banglo mewah keluarga Stila.
Pertemuan Stila dan Leto bermula apabila ibu Stila iaitu Datin Fairuz ke pasar membeli ikan untuk dimasak bagi menyambut kedatangan teman lelaki Stila iaitu Raymond ke rumah. Kejadian tidak disangka berlaku. Pergaduhan besar tercetus antara penjual ikan di pasar sehingga memaksa Datin Fairuz membatalkan niat untuk membeli ikan.
Di situlah, Leto terpandang dan tertawan dengan keayuan Stila. Dalam kejadian itu juga, Leto dibuang kerja. Pada malam pertemuan Stila dan Raymond, Stila telah cuba digoda dan dinodai Raymond. Stila lari dan berjalan seorang diri sehingga bertemu Leto dan kawannya Yani (Cat Farish).
Yani sebelum ini setiap hari mengganggu Stila untuk membalas dendam, tetapi mangsanya adalah Leto. Stila menendang punggung Leto sehingga berdarah dengan menggunakan stilletonya. Yani yang terkenal dengan sikap nakalnya telah membawa Leto mencuri kasut untuk dijual.
Kebetulan semula, rumah yang dicuri itu adalah rumah banglo keluarga Stila. Kehilangan stiletto telah mengundang rasa sedih Datin Fairuz dan membuatkan Stila berasa bersalah dan berusaha untuk mendapatkan sepasang lagi stiletto.
Pertemuan semula dengan Leto telah membantu Stila untuk mendapatkan semula kasutnya. Dalam tempoh pencarian stilletto itu, Stila terserempak ibunya bermesra bersama dengan lelaki lain tanpa rasa malu. Melihat sikap acuh tak acuh bapanya, Datuk Azahar akan tinggah laku isterinya, Stila mengikut Leto pulang.
Stila tidak tinggal di rumah kerana berasa kecewa dan sedih. Di rumah Leto, Stila telah bertemu dengan erti kesempurnaan hidup. Namun, hubungan Stila dan Leto mendapat tentangan dari keluarga Stila dan keraguan kedua ibu bapa Leto.
Dapatkah Stila mendapatkan stilettonya semula? Apakah reaksi Stila terhadap segala tindakan keluarganya? Dan bagaimanakah kesudahan perhubungan antara Stila dan Leto? Segalanya terjawab dalam filem “Semerah Cinta Stiletto” terbitan ke-37 MIG production arahan Ahmad Idham.





Monday, May 10, 2010

Drama Bewst Gilewr.....


Drama Adamaya mempunyai 23 episod. Drama ni di adaptasi dari Filem “I’m Not Single” (lakonan Lisa Surihani dan Farid Kamil, diarahkan oleh Pierre Andre) terbitan Metrowealth International Group (MIG) ,syarikat yang dimiliki oleh penerbit terkenal David Teo. Drama arahan Feroz Kadir ini diterajui oleh Hussein Ruffedge sebagai Adam dan Lisa Surihani sebagai Maya......ADAM + MAYA = ADAMAYA...


sinopsis
Drama ni mengisahkan tentang Adam dan Maya yang dijodohkan oleh keluarga masing-masing atas sebab keluarga Maya akan berpindah ke luar negara selama lima tahun atas urusan perniagaan. Tetapi pada masa tersebut Maya masih belajar di sebuah kolej dan tidak dapat ikut untuk berpindah ke luar negara. Pada masa sama juga Maya mempunyai kekasih yag bernama Dani.
Ibubapa Maya risau untuk meninggalkan Maya berseorangan. Atas sebab tersebut mereka membuat keputusan untuk mengahwinkan Maya. Pada masa yang sama juga ibubapa Adam turut bercadang untuk mengahwinkan Adam atas sebab tersendiri. Kebetulan pada satu majlis ibubapa Maya dan Adam yang juga merupakan kenalan lama bertemu. Maka di situlah bermulanya kedua-dua pihak bercadang untuk menikahkan anak mereka. Tanpa pengetahuan kedua orang tua mereka Adam dan Maya pernah bertemu sebelum itu,namun mereka bermusuh disebabkan satu insiden. walaubagaimana pun akhirnya mereka dinikahkan.

Selepas kahwin, Adam membawa Maya berbulan madu di kabin kegemarannya yang berada di kawasan pendalaman untuk mengenali Maya lebih dekat lagi.Semasa bulan madu itu juga barulah Adam tahu isterinya suka berjalan dalam tidur dan rasa bertanggungjawab menjaga keselamatan isterinya walaupun Maya tidak menyukainya.Bagaimanapun, Adam sedar bulan madu mereka bukan hanya berdua, tetapi ada orang ketiga, Dani yang sentiasa mengintip mereka.

Dani adalah kekasih Maya di universiti dan dia sering mendesak Maya meninggalkan suaminya, tetapi Maya enggan kerana babitkan keluarga. Adam pula melayan Maya dengan baik.
Beberapa tahun berlalu, mereka bahagia dengan kehadiran anak prempuan yang bernama Amani. Namun rumah tangga Adam dan Maya bergolak dengan kehadiran Dani yang tidak dapat melupakan Maya dan berusaha dengan pelbagai cara untuk mendapatkan Maya. Dani juga sanggup menceraikan isterinya kerana cintanya pada Maya......Saksikan drama yang menarik ni di Slot Akasia TV3 setiap Isnin-Khamis,6.30pm....selamat menonton.



Pelakon-pelakon yang terlibat dalam drama ini ialah Sein Ruffedge,Lisa Surihani,Faizal Yusup, Diana Amir, Hamidah Wahab, Puteri Mardiana, Dian P.Ramlee,Mustapha Kamal, Hafizudin dan ramai lagi.


P/S: kalau anda terlepas episod yang lepas atau anda ingin menonton semula dari episod pertama boleh menonton di:

http://www.tv3.com.my

walaubagaimana pun anda di nasihatkan agar signup dulu sebelum menonton,pada yang dh singup tu just signin ok.......semoga terhibur.