Wednesday, February 20, 2013

Company Of Heroes (2013)



Trailer


Release Date: 19 march 2013
Country: USA
Genre: Action, War
Quality: BDRip
Duration: 01 : 40 : 25
Stars: Tom Sizemore, Chad Michael Collins, Vinnie Jones

Sinopsis

Sekumpulan tentera Amerika telah ditugaskan untuk menghantar bekalan makanan semasa perang dunia ke-2(WWII). Dalam perjalanan mereka telah diserang oleh tentera Jerman(Nazi Army). Bermulalah episod dimana mereka terperangkap di kawasan musuh dan cuba untuk menyelamatkan diri. Semasa dalam proses menyelamatkan diri mereka telah menemui satu maklumat penting iaitu tentera Nazi sedang membangunkan satu senjata yang hebat(atomic bomb) yang dikendalikan seorang saintis paksaan. Mereka memutuskan menukar misi menyelamatkan diri kepada misi menghantar maklumat ke satu tempat yang terletak di tengah-tengah kawasan musuh(heart of Nazi). Pelbagai kesukaran mereka hadapi, seorang demi seorang terkorban sehingga ketua mereka melantik seorang tentera muda menjadi ketua sebelum beliau terkorban. Dapatkah tentera muda itu menjayakan misi tersebut? Semuanya ada dalam Company Of Heroes.

Friday, February 15, 2013

Wawa Semput (2013)



Trailer


Sinopsis

Konflik cinta BOBBY dan WAWA daripada filem Adnan Sempit tidak berakhir begitu sahaja. Kini, ianya disambung kembali dalam filem penuh komedi dan aksi memaparkan Bobby dan Wawa yang terpaksa menghadapi ujian terbesar dalam hubungan mereka apabila Bobby menuduh Wawa tidak setia. Nama Ismat menjadi penyebab segalanya. Wawa sudah naik muak dengan sikap Bobby yang suka merempit mengambil keputusan untuk berpisah dan pulang ke kampungnya. Bobby merayu berkali – kali dan meminta maaf namun tidak dilayan langsung oleh Wawa. ISMAT muncul dengan penuh bergaya dan menumpangkan Wawa pulang ke kampungnya. Bobby yang memang sudah tangkap cintan guling – guling dengan Wawa tekad untuk mendapatkan Wawa kembali. Ismat dan Wawa pulang ke kampung dan terkejut apabila melihat Bobby terlebih dahulu sudah sampai. Lama kelamaan, Wawa mulai naik semput dengan sikap Bobby dan Ismat yang tidak sudah bersaing untuk memikatnya. PAK KUDIN, ayah kepada Wawa lebih menyukai Ismat yang dirasakan mempunyai masa depan yang lebih cerah berbanding Bobby yang kaki rempit. Namun, Pak Kudin juga sedar yang Wawa masih sayangkan Bobby dan mengharapkan dia akan berubah. Kawan baik kepada Wawa, AYUNI jatuh cinta pandang pertama pada Ismat kerana wajah Ismat yang mirip dengan bekas kekasihnya cuba untuk merampas Ismat daripada Wawa namun Ismat tetap setia pada cintanya. Sesuatu harus dilakukan demi memisahkan Ismat dan Wawa. Ayuni dan Bobby berpakat! Apakah yang akan dilakukan oleh Ayuni dan Bobby? Masih adakah ruang untuk Bobby di hati Wawa?

Monday, February 11, 2013

Juvana (2013)



Trailer



Sinopsis

 Filem Juvana merupakan kesinambungan daripada drama TV popular Juvana yang telah disiarkan di TV3 dan memenangi Anugerah Drama Rantaian TV Terbaik Anugerah Skrin 2011. Filem Juvana memaparkan kisah Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng, Panjang dan Daim setelah Wira Bakti ditutup. Daim yang telah dibebaskan cuba memulakan kehidupan baru dan menyambung persekolahannya. Namun, sejarah hitam hidupnya tidak memberi laluan mudah untuk Daim membina hidup baru. Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng dan Panjang telah dipindahkan ke sebuah sekolah juvana lain iaitu Sekolah Indera Sakti untuk meneruskan tempoh hukuman mereka. Di sekolah baru itu Botak mula akrab dengan Apek serta yang lain. Namun, mereka menjadi sasaran Lan Todak, ketua samseng sekolah itu hingga mencabar semangat setia-kawan di antara mereka.