Sunday, June 20, 2010

Movie - The Karate Kid 2010


Movie Info

http://www.imdb.com/title/tt1155076/
[TITLE]…………………….[ The Karate Kid
[DIRECTOR]………………….[ Harald Zwart
[RELEASE DATE]………………[ 11 June 2010 (USA)
[FORMAT]:…………………..[ Matroska (MKV)
[GENRE]:……………………[ Action | Drama | Family | Sport
[NO OF CDs]…………………[ 1
[FILE SIZE]:………………..[ 400MB
[RESOLUTION]:……………….[ 624x256
[LANGUAGE ]:………………..[ English
[SUBTITLES]:………………..[ N/A
[ORIGINAL RUNTIME]:………….[ 02:13:55
[RELEASE RUNTIME]:…………..[ 02:13:55
[SOURCE]:…………………..[ The Karate Kid (2010) CAM XviD-PrisM
[iMDB RATING]:………………[ 5.3/10





SINOPSIS

Dre Parker (Jaden Smith) berumur 12 tahun adalah seorang kanak-kanak yang membesar di Detroit, namun terpaksa berpindah ke China apabila ibunya Sherry (Taraji Henson) mendapat pekerjaan di China. Setelah berada di China, Dre merindukan Detroit dan rakan-rakannya. Dia yang mengalami masalah dengan kehidupan barunya ingin kembali hidup di Amerika Syarikat. Namun ibunya memberitahu dia bahawa China adalah rumahnya bermula dari sekarang, dan ia harus belajar untuk menerima kehidupan barunya. Dre mula menyukai China apabila dia jatuh cinta pada teman sekelasnya Mei Ying (Wenwen Han). Cheng (Zhenwei Wang) seorang pembuli yang tidak menyukai Dre memikat Mei Ying cuba untuk menghalangnya.Maka tercetuslah pergaduhan antara Dre dengan Cheng. Cheng yang merupakan pelatih kungfu mudah menewaskan Dre yang memiliki sedikit pengetahuan asas karate. Maka bermula dari saat itu Cheng dan rakan-rakannya selalu membuli Dre.Pada suatu hari Mr Han (Jackie Chan) seorang pekerja penyelenggaraan yang merupakan seorang pakar kungfu secara diam-diam  melihat Dre dipukul oleh Cheng dan rakan-rakannya. Mr Han cuba untuk menghentikan perbuatan Cheng namun Cheng dan rakan-rakannya cuba memukul Mr Han. Mr Han terpaksa bertindak dan Dre melihat kehebatan Mr Han. Dre memujuk Mr Han untuk mengajarnya Kung Fu. Mr Han menolak dan cuba untuk menyelesaikan masalah dengan berjumpa dengan guru yang melatih Cheng kungfu untuk berbincang. Namun guru tersebut yang tercabar kerana Mr Han menewaskan anak muridnya cuba untuk mencabar Mr Han. Bagi mengelak perkara yang tidak diingini Mr Han terpaksa menerima cabaran tersebut dengan membuat helah anak murid masing-masing akan membuat perhitungan dalam satu pertandingan kungfu. Bermula dari saat itulah Mr Han mengajar Dre erti sebenar kungfu. Dre hampir putus asa dan ingin berhenti berlatih apabila merasakan Mr Han tidak mengajarnya kungfu kerana menyuruh dia melakukan perkara yang remeh-temeh. Namun dia kembali bersemangat apabila Mr Han menunjukkan dia tujuan sebenar latihan remeh-temeh yang di buatnya itu. Dapatkah Dre mengalahkan Cheng dan bagaimana pula perhubungannya bersama Mei Ying?.....



Kalau nak tahu kesudahannya saksikan lah sendiri takkan semua aku nak cerita,penat la kalau macam tu wey......hehehehehehe...Tapi kalau nak download kat bawah aku sediakan link.....enjoy it!!!!!!!!!!



Kat bawah ni aku sediakan ganbar beberapa babak yang terdapat dalam cerita ni.

 
  

Saturday, June 19, 2010

Movie Japan - Crows Zero 2


Film yang bercerita tentang pertempuran antara geng sekolah arahan Takashi Miike dan menjadi box office pada tahun 2007 dengan mendapat keuntungan sebesar 2,4 billion yen ini akhirnya dibuat sequelnya. Masih menampilkan tokoh utama dari film sebelumnya Takiya Genji yang dilakonkan oleh Oguri Shun, tetapi kali ini dia harus berhadapan dengan seorang bintang muda bersinar Miura Haruma.
Cerita mengambil masa selama 8 bulan setelah film pertama dimana Takiya Genji akan tamat dan keluar dari Suzuran High School. Namun, masih ada beberapa hal yang masih perlu dia selesaikan dengan sekolah lain yang menjadi musuh Suzuran High School..

                                                                                                                 
Housen Gakuen High School yang dipimpin oleh Tatsuya Mito (Miura Haruma) yang menjadi musuh sekolah Suzuran. Dengan didampingi oleh Narumi siswi kelas tiga Housen Gakuen. Pertarungan semula antara dua sekolah ini tak dapat di hindarkan.
Ini adalah salah satu filem sequel yang menurut pengamat filem akan kembali menjadi hit, kerana akan menampilkan perkelahian 500 orang anggota gang. Jumlah yang tidak sedikit, bahkan semasa proses syuting akan dimulai, Takashi Miike membuka casting untuk pemuda berumur 18-35 tahun yang berkepala botak untuk menjadi sebagai anggota gang Housen Gakuen. Juga beberapa orang yang berbadan besar untuk menjadi Serizawa Army, Genji's Perfect Succesion dan figuran khusus adegan perkelahian.


 Di sini saya sediakan beberapa gambar babak dalam filem ini

 





Saturday, June 12, 2010

Malay Movie - Evolusi KL Drift 2

Synopsis :

Racing life between Zack (Syamsul Yusof) and Sham (Farid Kamil) has not ended yet. Zack, an illegal racer before, now is a professional drifter. After the accident, Sham no longer drifts because of his broken leg and has to walk with the help of crutches. Then comes a female professional drifter named Aleeya (Scha Alyahya). Joe, who managed to escape from death from the accident, wants revenge on Zack. Joe's assistant Ery too wants revenge on Zack because his best friend Karl got locked up in jail because of him. Joe wants to monopolise the whole drug business syndicate in KL, where Inspector Kamal suspects him for crimes that involve deaths....

Classification: PG13
Genre: Action / Drama
General Release Date: 25 Mar 2010
Running Time: 1 Hour 30 Minutes,
Distributor: Primeworks Studios
Cast: Farid Kamil, Scha Al-Yahya, Syamsul Yusof
Director: Syamsul Yusof

Friday, June 11, 2010

Malay Movie - Semerah Cinta Stilleto




SINOPSIS FILEM SEMERAH CINTA STILLETO








Semerah Cinta Stilleto mengisahkan kehidupan bahagia Siti Laila atau Stila (Lisa Surihani). Stila dilahirkan dan dibesarkan dalam kemewahan dan segala yang dihajati akan ditunaikan oleh kedua-dua ibu bapanya. Dia juga seorang remaja perempuan yang cantik, masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka di ibu kota.
Leto (Farid Kamil) pula seorang pemuda yang hidup dalam keadaan serba sederhana. Bekerja sebagai penjual ikan di pasar borong dan tinggal di flat murah berhadapan kawasan banglo mewah keluarga Stila.
Pertemuan Stila dan Leto bermula apabila ibu Stila iaitu Datin Fairuz ke pasar membeli ikan untuk dimasak bagi menyambut kedatangan teman lelaki Stila iaitu Raymond ke rumah. Kejadian tidak disangka berlaku. Pergaduhan besar tercetus antara penjual ikan di pasar sehingga memaksa Datin Fairuz membatalkan niat untuk membeli ikan.
Di situlah, Leto terpandang dan tertawan dengan keayuan Stila. Dalam kejadian itu juga, Leto dibuang kerja. Pada malam pertemuan Stila dan Raymond, Stila telah cuba digoda dan dinodai Raymond. Stila lari dan berjalan seorang diri sehingga bertemu Leto dan kawannya Yani (Cat Farish).
Yani sebelum ini setiap hari mengganggu Stila untuk membalas dendam, tetapi mangsanya adalah Leto. Stila menendang punggung Leto sehingga berdarah dengan menggunakan stilletonya. Yani yang terkenal dengan sikap nakalnya telah membawa Leto mencuri kasut untuk dijual.
Kebetulan semula, rumah yang dicuri itu adalah rumah banglo keluarga Stila. Kehilangan stiletto telah mengundang rasa sedih Datin Fairuz dan membuatkan Stila berasa bersalah dan berusaha untuk mendapatkan sepasang lagi stiletto.
Pertemuan semula dengan Leto telah membantu Stila untuk mendapatkan semula kasutnya. Dalam tempoh pencarian stilletto itu, Stila terserempak ibunya bermesra bersama dengan lelaki lain tanpa rasa malu. Melihat sikap acuh tak acuh bapanya, Datuk Azahar akan tinggah laku isterinya, Stila mengikut Leto pulang.
Stila tidak tinggal di rumah kerana berasa kecewa dan sedih. Di rumah Leto, Stila telah bertemu dengan erti kesempurnaan hidup. Namun, hubungan Stila dan Leto mendapat tentangan dari keluarga Stila dan keraguan kedua ibu bapa Leto.
Dapatkah Stila mendapatkan stilettonya semula? Apakah reaksi Stila terhadap segala tindakan keluarganya? Dan bagaimanakah kesudahan perhubungan antara Stila dan Leto? Segalanya terjawab dalam filem “Semerah Cinta Stiletto” terbitan ke-37 MIG production arahan Ahmad Idham.