Monday, April 12, 2010

indie - bunkface

Mesti korang biasa tengok mamat bertiga ni kan.. A'ah betul la tu dorang ni la yg menggelar kumpulan dorang BUNKFACE.. Aku minat giler gak dengan dorang ni.. Walaupun dorang ni baru dalam industri seni malaysia tapi dorang dah tunjuk kemampuan dorang dan bersaing dengan band-band lain yang lebih senior dari dorang...




Ni gambar mase dorang buat video klip Bunk Anthems.. Ala....yang jadi lagu tema iklan Channel V tu.. best la dorang ni satu asia dapat tengok korang.. baru-baru ni dorang dah lancarkan album 1st dorang bertajuk "PHOBIA PHONEY"..




Dah berapa anugerah dorang dapat..aku tunjuk ni baru satu nak tunjuk lebih-lebih tak larat lak.. Pape pun aku Solute la dengan dorang ni..Kat bawah ni aku ada sediakan sedikit lagu dan maklumat pasal BUNKFACE.. Korang layan la k...




Info Bunkface

Sam dilahirkan di Basildon, England namun sejak umur lima tahun dia sudah kembali ke Malaysia.
Anak kacukan British (sebelah ibu) dan Melayu (bapa) ini juga berbakat untuk diketengahkan di dalam bidang komersial.
Sam mengenali Youk sejak usia lapan tahun,manakala Paan berkawan dengan Biak bermula di darjah dua.

Nama Bunkface ini adalah hasil cetusan idea Biak sendiri yang diilhamkan daripada sebuah lagu nyanyian kumpulan Sum 41 berjudul Crazy Amanda Bunkface.
Mengetengahkan konsep pop punk dan lebih terarah merakamkan lagu berbahasa Inggeris ciptaan mereka sendiri.
Namun atas cadangan Paan, maka terhasillah lagu Situasi sekadar mencuba angin baru.
Lagu Situasi merujuk kepada kehilangan satu benda yang berharga akibat kesilapan diri sendiri.
Lagu Revolusi menjadi single kedua yang dimainkan selepas Situasi.
Terdapat beberapa lagu mereka seperti Situasi, Revolusi dan Silly Lilly sudah dimainkan di Singapura.

Biarpun menerima tawaran daripada syarikat rakaman, kumpulan ini selesa bergerak sendiri.
Bajet dan kos menghasilkan album sulung ini terlaksana dengan duit yang dikumpul sendiri dan ketika membuat persembahan.
Sam pernah bekerja di Secret Recipe di Bukit Tinggi, Klang semata-mata ingin mengumpul duit membikin album.
Demikian juga dengan Youk yang pernah bekerja di butik pakaian East India dan Paan bekerja di kafe siber.
Biarpun sudah semakin popular, akui mereka, peningkatan harga membuat persembahan naik tapi bukan terlalu mendadak. Mereka masih boleh dibawa berbincang dan berkompromi dengan promoter mahupun penganjur berhubung soal bayaran.
Menerima tajaan pakaian jenama Extreme/ Zero Hour selama setahun.

# Myspace: www.myspace.com/bunkface




Profil Sam
Nama sebenar: Shamsul Annuar
Tarikh lahir: 11 Disember 1987
Tempat lahir: Basildon, England
Zodiak: Sagitarius
Adik beradik: Anak kedua daripada empat beradik




Profil Youk
Nama sebenar: Muhammad Farouk Jaafar
Tarikh lahir: 15 April 1989
Asal: Kuala Lumpur
Zodiak: Aries
Adik beradik: Anak tunggal




Profil Paan
Nama sebenar: Ahmad Farhan Hashim
Tarikh lahir: 24 Ogos 1987
Asal: Butterworth
Zodiak: Virgo
Adik beradik: Anak kedua daripada empat beradik.




Kat bawah ni aku sediakan korang lagu-lagu dorang dari album phobia phoney yang aku cerita kat atas tu...so layan jew k...lagi 1 jangan lupa beli album dorang yang ori lagi gempak sound dia dari yang download ni....



Track List:

Bunk Anthem
Prom Queen
Revolusi
Soldier
Escape Dance
Dunia
Ekstravaganza
Situasi
You and Me
Minute to The End


Download kat sini wey;


http://www.mediafire.com/?2injyzjunyi
http://www.mediafire.com/?yomny20ygmg
http://www.mediafire.com/?mynmrmhyg2j
http://www.mediafire.com/?ytxjvykmi4x
http://www.mediafire.com/?nm2r1u0nm5z
http://www.mediafire.com/?oj4ukt4w0kz
http://www.mediafire.com/?yzmjmmmm2j3
http://www.mediafire.com/?hq0n4wmtkzm
http://www.mediafire.com/?inmkgzvv3xm
http://www.mediafire.com/?w4txiyfjzgf
Categories:

0 comments: