Monday, May 31, 2010

Hide X Japan


Artikel ini adalah tentang bekas gitaris dari band X Japan.





Latar belakang

Nama lahir: Hideto Matsumoto
Juga dikenali sebagai "Hide"
Lahir: 13 Disember 1964
Asal: Yokosuka, Jepun
Meninggal: 2 Mei 1998 (umur 33)
Tokyo, Jepun
Genre Alternative rock, heavy metal, Progressive metal, Power metal, Speed metal
Pekerjaan: Penyanyi, pencipta lagu, musicians
Alat: Guitar, bass, vokal
Tahun aktif 1981-1998
Sony Label, Lemoned Label
Berkaitan dengan X Japan, Zilch
Website www.hide-city.com
Alat penting
Fernandes MG seri (termasuk beberapa variasi tanda tangan)
Gibson Les Paul
Hideto Matsumoto (Matsumoto Hideto?, 13 Disember 1964-2 Mei 1998), adalah seorang musisi Jepun yang popular.
Lebih dikenali dengan nama Hide, ia dikenali kerana merupakan gitaris dari band heavy metal "X Japan" yang popular 1987-1997.
Dia juga berjaya sebagai artis solo dan salah seorang pengasas band USA bernama "Zilch"





Awal tahun (1964-1986)
Hideto Matsumoto dilahirkan di St Joseph's Hospital, Midorigaoka, Yokosuka, pada tarikh 13 Disember 1964. Dia masuk tadika pada tahun 1968, belajar bahasa Inggeris selama tiga tahun, diikuti dengan pendaftaran di Yokosuka Tokiwa.
Dia pertama kali menganali muzik rock and roll pada usia lima belas,melalui album Alive! by Kiss.
Pada tahun yang sama neneknya membelikannya gitar elektrik pertamanya, sebuah Gibson Les Paul Deluxe.
Pada tarikh 11 Mac 1980, Matsumoto Tokiwa lulus dari Tokiwa Junior High School. Dia kemudian masuk Zushi Kaisei Senior High School di Zushi, Kanagawa, di mana ia masuk kugiran band sekolah sebagai kegiatan kelab.
Dia meninggalkan band tersebut kerana dia ditugaskan Klarinet, sementara dia ingin bermain terompet.
Setelah itu, dia menumpukan pada bermain gitar dan pada tahun 1981, membentuk band independen Saber Tiger.
Setahun selepas dibentuk, mereka mulai bermain sekitar perumahan di Yokosuka.
Di bulan April 1983 ia mulai masuk ke sekolah fashion di Hollywood Salon Kecantikan di Roppongi Hills,di mana ia lulus dengan hasil yang luar biasa pada tahun 1984.
Kemudian tahun itu ia mengambil sebuah ujian nasional dan berjaya mendapat lesen kecantikan.
Pada Julai 1985 Saber Tiger mengeluarkan EP berjudul self.
Pada bulan November, band ini memberikan sumbangan kepada siri Heavy Metal Force sampler, yang juga akan merangkumi lagu-lagu X Japan di kemudian hari.
Pada tahun 1986 kumpulan ini diubah namanya menjadi Saver Tiger untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dengan sebuah band bernama serupa dari Sapporo. penampilan pertama mereka dengan nama baru pada Devil Must Be Driven out with Devil . Mereka terus tampil di kawasan perumahan dan kelab malam seperti Meguro Rokumeikan, Omiya Freaks dan Meguro Live Station

X Japan (1987-1993)
Hide bergabung dengan X Japan (pada mulanya disebut X, kemungkinan diubah menjadi X Japan kerana adanya dua band lain dengan nama yang sama) pada tahun 1987.
Dia menjadi gitaris band dan penulis lagu,Hide menulis lagu seperti "Celebration", "Joker" dan " the single Scars".
Tak lama selepas mengeluarkan album "Art of Life", ahli X Japan berehat, untuk memulakan projek solo.
Sekitar waktu itu, kumpulan juga menjatuhkan sebahagian besar estetika visual kei aslinya, kecuali yang Matsumoto, yang masih akan tampil di baju berwarna-warni dan liar dengan rambut merah jambu sebagai trademark.

Kerjaya Solo (1993-1998)
Pada tahun 1993 awal, Matsumoto adalah berduet di dalam sampler Dance 2 Noise 004 dengan lagu "Frozen Bug", yang dirakam bersama Inoran dan J Luna Sea.
Dia juga membintangi filem berjudul Seth et Holth bersama-sama dengan Tusk dari Zi: Kill.
Pada tahun 1994, Matsumoto melancarkan produk pertama di bawah label miliknya iaitu "Lemoned" (ditubuhkan pada tahun 1989),berupa sebuah EP dari band Zeppet Store.
Pada tahun yang sama,Hide merakam dan melancarkan album solo pertamanya yang bertajuk Hide Your Face.
Selain menulis lagu, beliau memainkan sebahagian besar gitar dan bass pada beberapa track, dan menyediakan semua vokal.
Cover album berdasarkan topeng yang didesign oleh seniman Switzerland HR Giger.
Gaya muzik album ini berbeza secara signifikan dari lagu-lagu speed metal anthems dan power ballads oleh X Japan dan Lebih condong ke arah rock alternatif.
Matsumoto kemudian melancarkan Hide our Psychommunity Tour, untuk memperkenalkanlive band yang nantinya akan menjadi sebahagian daripada projek utamanya "Hide and Spread Beaver".
Album kedua iaitu "Psyence", dikeluarkan pada tahun 1996, juga diikuti oleh tour,"Psyence a Go Go".
Setelah X Japan bubar pada tahun 1997, secara rasmi Hide memulakan projek solo bertajuk "Hide with Spread Beaver".
Dia juga membentuk band kedua, bernama "Zilch" pada tahun 1996.
selain dari itu Hide merupakan programmer Spread Beaver dan percussionist yang terdiri daripada artis Amerika dan British,seperti Joey Castillo (sebelumnya di Danzig dan ketika ini di Queens of the Stone Age) dan Paul Raven (Killing Joke dan Ministry).



Monday, May 10, 2010

Drama Bewst Gilewr.....


Drama Adamaya mempunyai 23 episod. Drama ni di adaptasi dari Filem “I’m Not Single” (lakonan Lisa Surihani dan Farid Kamil, diarahkan oleh Pierre Andre) terbitan Metrowealth International Group (MIG) ,syarikat yang dimiliki oleh penerbit terkenal David Teo. Drama arahan Feroz Kadir ini diterajui oleh Hussein Ruffedge sebagai Adam dan Lisa Surihani sebagai Maya......ADAM + MAYA = ADAMAYA...


sinopsis
Drama ni mengisahkan tentang Adam dan Maya yang dijodohkan oleh keluarga masing-masing atas sebab keluarga Maya akan berpindah ke luar negara selama lima tahun atas urusan perniagaan. Tetapi pada masa tersebut Maya masih belajar di sebuah kolej dan tidak dapat ikut untuk berpindah ke luar negara. Pada masa sama juga Maya mempunyai kekasih yag bernama Dani.
Ibubapa Maya risau untuk meninggalkan Maya berseorangan. Atas sebab tersebut mereka membuat keputusan untuk mengahwinkan Maya. Pada masa yang sama juga ibubapa Adam turut bercadang untuk mengahwinkan Adam atas sebab tersendiri. Kebetulan pada satu majlis ibubapa Maya dan Adam yang juga merupakan kenalan lama bertemu. Maka di situlah bermulanya kedua-dua pihak bercadang untuk menikahkan anak mereka. Tanpa pengetahuan kedua orang tua mereka Adam dan Maya pernah bertemu sebelum itu,namun mereka bermusuh disebabkan satu insiden. walaubagaimana pun akhirnya mereka dinikahkan.

Selepas kahwin, Adam membawa Maya berbulan madu di kabin kegemarannya yang berada di kawasan pendalaman untuk mengenali Maya lebih dekat lagi.Semasa bulan madu itu juga barulah Adam tahu isterinya suka berjalan dalam tidur dan rasa bertanggungjawab menjaga keselamatan isterinya walaupun Maya tidak menyukainya.Bagaimanapun, Adam sedar bulan madu mereka bukan hanya berdua, tetapi ada orang ketiga, Dani yang sentiasa mengintip mereka.

Dani adalah kekasih Maya di universiti dan dia sering mendesak Maya meninggalkan suaminya, tetapi Maya enggan kerana babitkan keluarga. Adam pula melayan Maya dengan baik.
Beberapa tahun berlalu, mereka bahagia dengan kehadiran anak prempuan yang bernama Amani. Namun rumah tangga Adam dan Maya bergolak dengan kehadiran Dani yang tidak dapat melupakan Maya dan berusaha dengan pelbagai cara untuk mendapatkan Maya. Dani juga sanggup menceraikan isterinya kerana cintanya pada Maya......Saksikan drama yang menarik ni di Slot Akasia TV3 setiap Isnin-Khamis,6.30pm....selamat menonton.



Pelakon-pelakon yang terlibat dalam drama ini ialah Sein Ruffedge,Lisa Surihani,Faizal Yusup, Diana Amir, Hamidah Wahab, Puteri Mardiana, Dian P.Ramlee,Mustapha Kamal, Hafizudin dan ramai lagi.


P/S: kalau anda terlepas episod yang lepas atau anda ingin menonton semula dari episod pertama boleh menonton di:

http://www.tv3.com.my

walaubagaimana pun anda di nasihatkan agar signup dulu sebelum menonton,pada yang dh singup tu just signin ok.......semoga terhibur.